Monday, September 20, 2010

perasaan itu~

kau....
tidakkah rasa bersalah...
melukai insan yang mencintaimu...
lalu hilang meninggalkannya bersama luka dan duka...

namun bila luka dan duka itu mula sembuh...
kau datang kembali di ruang hidupnya...
menagih simpati atas kegagalan cinta sekarang...

tidakkah kau rasa apa perasaannya ketika itu?
kau mencarinya tatkala hatimu terluka...
tetapi...
tatkala hatinya terluka kau sedang ssyik bersama cinta baru...
yang kau kejar sewaktu kau masih bersamanya...

apa makna semua itu?
adakah kau hanya menganggap dia sebagai barang mainan?
yang akan kau ambil saat kau perlukan...
dan akan kau lontar saat dia tidak diperlukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sayang...
kau punya cinta sejati di depan mata...
tapi kau masih mahu menafikannya...
kau masih tetap memilih kaca...
yang pasti akan melukai hatimu...

sayang...
aku tak pernah minta lebih untuk dicintai...
cukup sekadar aku dapat melihat kau bahagia bersama si dia...
tetapi bila kau dilukai aku turut merasa tempiasnya sayang...

sayang...
tolonglah jangan benarkan hatimu dilukai lagi...
kerana aku juga tidak sanggup menanggung sakitnya bersama...
walaupun seringkali kau ungkap...
"tak apa... yang frust pun aku, bukan kau..."
tapi kau tak faham...
perasaan bila mencintai seseorang dalam diam...
melihat insan itu bahagia, dia turut merasa bahagia...
tetapi bila melihat insan itu berduka,sesungguhnya dia turut merasa berduka...
engkau takkan pernah faham perasaan itu sayang...
kerana kau tidak pernah berada di tempat aku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku...
masih lagi di sini...
cuba melalui hidup bersama insan yang menyayangiku...
kerana aku yakin...
aku akan bahagia bersama insan yang mencintaiku...

untuk yang mencintai...
terima kasih atas kesabaran mu melayani kerenah ku...

untuk yang dicintai...
aku ingin kau terus berjuang dalam hidup kerana aku tetap akan berada di sisimu...

untuk kau...
berhentilah dari terus menyakitinya...








p/s: entry ni tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..