Monday, August 30, 2010

maxis ooo maxis

aku tak faham kenapa line maxis sekarang semakin teruk..

call in call out pun susah nak masuk..

kalau la ada exciden nak call orang, dah mati da agaknya..

hairan betullah..

eh, aku bayo la.. bukan aku tak bayo..

nak bagi service tu bia la yang elok sikit..

ni dak, bagi orang sakit ati ja..

kerana kau rosak handphone kena banting kat dinding..

kerana kau gak la aku terpaksa guna font warne merah..

sesuai sangat dengan kaler tema kau..

maxis..

Thursday, August 19, 2010

autumn in my heart

Owh, tiba-tiba je jari ni gatal search tajuk cerita kat atas dalam you tube..

sedih..

pengakhiran cerita yang betul-betul tragis..

so, jawapannya..

aku menangis bila tengok balik cerita ni..

won bin as han tae suhk

(saya sangat teruja dengan lelaki ini....)



Han Chae Young sebagai Choi Eun Suh

(gadis ini sangat cantik...)



Song Seung Hun sebagai Yon Joon Suh

(lelaki ini sangat macho...)


satu je yang aku terfikir masa tengok cerita ni..
kalau aku kat tempat Joon Suh, apa agaknya yang aku akan buat..
owh, serabut kepala dibuatnya..


Tuesday, August 17, 2010

cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
pandanglah hamba si gagak hutan
sebelah mata pun hamba tak terkilan

cenderawasih burung kayangan
tuanku putih putih kilau keemasan
adumu bercadarkan pintalan gemawan
tidur hamba beralas reranting hutan

tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
hamba akur dengan suratan
hamba akur dengan kehendak tuhan
hamba akur berketurunan bermandi hinaan

cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
kau pinta didodoikan rintikan hujan
ku mampu rintih senandung kedukaan

aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
kau inginkan hamba kalungkan bulan
kau kepinginkan kerabu dari bintang berkedipan
kau dambakan rantai untaian buih lautan..

Thursday, August 12, 2010

hari 'P' sedunia ka??

kuaq2 rumah ja, nah.... banyak beno kereta yang ada tanda 'P'.. naik heran sejap.. pasai pa ya? hari ni hari pemandu 'P' sedunia ka? adududu~ pasai pa la hari ni suma yang baru dapat lesen 'P' pakat kuaq ya? pasal bulan ni bulan ramadhan ka? suma pemandu2 yang lain mempunyai kesabaran yang tahap gaban kot?

ya, ya.. kami faham anda2 yang masih mempunyai lesen 'P' ini masih lagi dalam tempoh percubaan, tapi cara anda memandu kereta itu betul2 memberi cobaan pada kami semua.. pasai pa? ang tanya pasai pa? tok sah tanya la, malaih nak explain pepanjang.. buang air liuq ja..

ya, ya.. kami faham anda2 yang baru dapat lesen 'P' ni kena bawa kereta perlahan-lahan, ikut peraturan jalan raya.. tapi kalau dah sampai tahap perlahan-lahan dalam kategori kura-kura pun boleh potong korang, memang cari nahas la tu..

tapi tak pa, kami faham.. sekurang-kurangnya anda2 semua yang baru dapat lesen 'P' ni masih lagi berkelakuan sopan di jalan raya.. TAPI...........

nk dijadikan cerita,



"kau tu dah la dalam tempoh percubaan, perempuan pula tu, waja je pon der.. kalaulah tadi kereta aku calar pasai bergesel dengan kereta kau, sumpah memang makan penampo sebiji la tu jawapnya.."

ada ka patut.......... aku tau la der aku naik wira cabuk ja, tapi ang tu ada akai ang gunalah.. seboleh-bolehnya ang nak menyelit gak na? sanggup ang pi himpit aku semata-mata nak masuk line aku? ang gila ka pa? dibuatnya aku terbabas langgar divider sapa nak jawap? ang ka? ang tentu2 da lari awal2 da.. nasib baik la aku dah ada pengalaman memandu 4 tahun(accident baru 2kali), kalau tidak... ang pikiaq la sendiri pa jadi lepas tu..


dugaan betul bulan2 puasa ni.. perempuan tu saja bagi kurang pahala posa aku.. chiss~



untuk tatapan umum, sila jangan memandu seperti pemandu di atas.. memotong dengan cermat ya? ingat orang yang tersayang.. (ingat ja, bukan mengelamun)

Monday, August 9, 2010

no need 4 the title

nak puasa dah..

jap lagi kang raya pulak..

pas tu da masuk raya haji pula dah..

tup tup, tahun baru pun mai..

umoq pun da meningkat..

calon nak buat laki pun tak jumpa2 lagi..

eh, apa aku melalut ni..

suda2..

aku cuma nak habaq mai..

SELAMAT BERPUASA..



p/s: puasa na, jangan tak puasa..