Thursday, August 12, 2010

hari 'P' sedunia ka??

kuaq2 rumah ja, nah.... banyak beno kereta yang ada tanda 'P'.. naik heran sejap.. pasai pa ya? hari ni hari pemandu 'P' sedunia ka? adududu~ pasai pa la hari ni suma yang baru dapat lesen 'P' pakat kuaq ya? pasal bulan ni bulan ramadhan ka? suma pemandu2 yang lain mempunyai kesabaran yang tahap gaban kot?

ya, ya.. kami faham anda2 yang masih mempunyai lesen 'P' ini masih lagi dalam tempoh percubaan, tapi cara anda memandu kereta itu betul2 memberi cobaan pada kami semua.. pasai pa? ang tanya pasai pa? tok sah tanya la, malaih nak explain pepanjang.. buang air liuq ja..

ya, ya.. kami faham anda2 yang baru dapat lesen 'P' ni kena bawa kereta perlahan-lahan, ikut peraturan jalan raya.. tapi kalau dah sampai tahap perlahan-lahan dalam kategori kura-kura pun boleh potong korang, memang cari nahas la tu..

tapi tak pa, kami faham.. sekurang-kurangnya anda2 semua yang baru dapat lesen 'P' ni masih lagi berkelakuan sopan di jalan raya.. TAPI...........

nk dijadikan cerita,



"kau tu dah la dalam tempoh percubaan, perempuan pula tu, waja je pon der.. kalaulah tadi kereta aku calar pasai bergesel dengan kereta kau, sumpah memang makan penampo sebiji la tu jawapnya.."

ada ka patut.......... aku tau la der aku naik wira cabuk ja, tapi ang tu ada akai ang gunalah.. seboleh-bolehnya ang nak menyelit gak na? sanggup ang pi himpit aku semata-mata nak masuk line aku? ang gila ka pa? dibuatnya aku terbabas langgar divider sapa nak jawap? ang ka? ang tentu2 da lari awal2 da.. nasib baik la aku dah ada pengalaman memandu 4 tahun(accident baru 2kali), kalau tidak... ang pikiaq la sendiri pa jadi lepas tu..


dugaan betul bulan2 puasa ni.. perempuan tu saja bagi kurang pahala posa aku.. chiss~



untuk tatapan umum, sila jangan memandu seperti pemandu di atas.. memotong dengan cermat ya? ingat orang yang tersayang.. (ingat ja, bukan mengelamun)

No comments: